Di Kuching, Perdana Menteri menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman, antara Sarawak dan Petronas.

Ia bagi pembekalan 450 juta kaki padu gas asli sehari kepada sektor tenaga dan bukan tenaga di Sarawak.

Petronas akan membekalkan gas asli kepada janakuasa yang terletak di Tanjung Kidurong, Bintulu dan Taman Perindustrian Samalaju.

Perjanjian ditandatangani antara Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Naib Presiden Petronas Datuk Mohd Anuar Taib.

Datuk Seri Najib turut menyaksikan memorandum persefahaman bagi menjalankan kajian bersama Pelan Induk Petrokimia Sarawak.

Turut dimenterai Perjanjian Penjualan Gas antara Sarawak Energy dan Petronas.

Pada majlis sama, Petronas menerima lesen kebenaran untuk mengendalikan pemasangan penjanaan elektrik di Bintulu daripada Kerajaan Negeri.