#prnsarawak Mengenai soal pemilikan tanah terutamanya tanah adat Bumiputera, kerajaan negeri tidak merampas sebaliknya pampasan dibayar sekiranya ada yang diambil bagi tujuan pembangunan.

Semuanya dilakukan secara telus mengikut Kanun Tanah Sarawak 1957.

Tambahnya, sejumlah 748,167 surat pemilikan tanah telah dikeluarkan kepada rakyat negeri itu tanpa apa-apa bayaran.

Dan ia akan ditambah dari setahun ke setahun melalui Jabatan Tanah dan Ukur Negeri.