12998514_1344443188904192_188170020097442622_n

‪#‎prnsarawak‬ Kuching: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem siang tadi menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat sempena pemberian geran PIBG dan bantuan pakaian seragam pasukan Rela.

Dalam majlis berkenaan, Tan Sri Adenan mahu pasukan Rela untuk bekerjasama dengan pasukan keselamatan yang lain dalam memastikan kelancaran Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

Sejak tahun yang lalu, kerajaan negeri Sarawak telah menyumbangkan sejumlah RM8 juta untuk tujuan membekalkan pakaian seragam untuk lebih 300,000 anggota Rela di negeri itu.

Kerajaan Sarawak merupakan satu-satunya kerajaan negeri yang menyumbangkan bantuan seumpama itu kepada anggota Rela.