#prnsarawak Kerajaan tidak pernah meminggir atau mengabaikan pembangunan di kawasan pedalaman khususnya di Sarawak.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sentiasa komited dan menyalurkan peruntukan yang diperlukan, sekaligus menyangkal dakwaan pembangkang yang mengatakan kerajaan persekutuan meminggirkan Bumi Kenyalang.

Datuk Seri Ismail Sabri berucap melancarkan Kelab Wawasan Anak Muda Perintis Intelektual Semalaysia , Waris Dan Ramah Mesra Persatuan Bekas Kakitangan Kemas (PBEKAM) di Kuching.

RM88 juta diperuntukkan khusus untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR.)

70% untuk membaiki rumah panjang manakala baki 30% lagi untuk membina rumah baharu.