Perdana Menteri, Datuk Seri Najib melancarkan pameran khas bagi mengenang ayahanda beliau Tun Abdul Razak di sebuah pusat membeli belah di Kuching.

Pameran memaparkan detik bersejarah Tun Abdul Razak melawat sarawak sekitar tahun 70 an ketika menjadi Perdana Menteri kedua.

Pameran anjuran Jabatan Muzium Sarawak dan Yayasan Cemerlang ini bermula hari ini sehingga 3 Mei depan.