Di sebalik kehangatan pilihan raya yang mula dirasai, pembangkang terutamanya DAP sudah memulakan propaganda bagi meraih sokongan.

Bagi Timbalan Presiden SUPP, Datuk Seri Richard Riot penduduk negeri itu boleh menilai sendiri video yang kononnya kerajaan negeri tidak memberi perhatian kepada penduduk luar bandar.

SUPP dalam pada itu telah menyerahkan empat nama untuk dipertimbangkan sebagai calon BN di DUN Bukit Semujak.

Datuk Seri Richard sebelum itu merasmikan pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial, Perkeso di Serian.