#prnsarawak Bagi calon BN, N.41 Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh yang bakal mempertahankan kerusinya, masih banyak yang mahu dilakukan di kawasan kelahirannya itu.

Sebagai anak jati Kuala Rajang, beliau amat faham dengan kehendak penduduk kawasannya.

Yang penting ujarnya, penduduk Kuala Rajang dapat menikmati pembangunan yang bakal dibawa ke kawasan itu.

Kuala Rajang mempunyai 10,286 pengundi berdaftar, membabitkan saingan tiga penjuru antara BN, Amanah dan calon Bebas.