#prnsarawak Kejayaan memperolehi 72 kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri PRN semalam adalah satu pencapaian di luar jangkaan.

Bagi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, keputusan itu membawa mesej bahawa pembangkang khususnya DAP ditolak oleh rakyat terutamanya di kawasan bandar.

Pada masa yang sama, menyaksikan pulangnya sokongan pengundi Cina ke pangkuan BN.