#prnsarawak Kampung Gumbang, di daerah Bau dipilih menjadi kampung angkat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi program "Visit My Kampung".

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Kampung Gumbang mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai pusat pelancongan.

Katanya lagi, kementerian akan membantu penduduk kampung membaik pulih rumah adat berusia lebih 100 tahun yang dikenali sebagai "barok" seterusnya mewartakannya sebagai warisan negara.

Bagi mengekalkan kebudayaan etnik bidayuh di kampung itu, kementerian juga bercadang untuk membina semula pentas atau tanju yang sering digunakan untuk Pesta Nyabong.

Pihaknya juga menawarkan insentif kepada penduduk kampung yang ingin membina inap desa, yang dilihat mampu meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.