#prnsarawak Kempen pembangkang yang kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan akan dinaikkan jika Barisan Nasional menang di Sarawak, disanggah dengan keras oleh Jemaah Menteri dengan menyifatkannya satu bentuk penipuan besar.

Ketetapan itu dibuat pada Mesyuarat Kabinet di Kuching, siang tadi yang berpendapat pembangkang berusaha keras untuk mengelirukan pengundi, selepas menyedari tidak mampu menyakinkan pengundi.