Selepas memansuhkan cukai tanah untuk pertanian dan tanah kediaman, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan pula penurunan kadar bayaran cukai pintu di Sarawak.

Perkara itu dimuktamadkan Kabinet Negeri pada 31 Mac lalu.

Beliau terdahulu melancarkan jentera parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Dewan Suarah Samarahan, Kota Samarahan petang tadi.

Dalam ucapannya beliau berikrar untuk menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang.

Justeru, beliau mahu rakyat di Sarawak meberikan mandat kepadanya untuk membela nasib mereka.