#prnsarawak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak mahu kesilapan projek pembinaan Empangan Bakun berulang dalam melaksanakan projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak.

Tegasnya, beliau tidak mahu kontrak Lebuh Raya Pan Borneo diagihkan hanya kepada kontraktor tertentu yang akhirnya gagal menyiapkan projek.

Sebaliknya, anak tempatan bumi kenyalang yang mempunyai kepakaran dan kemampuan perlu dilibatkan sekaligus penduduk berhampiran jajaran menikmati manfaatnya.