#prnsarawak Polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung laporan dikeluarkan wartawan sebuah laman portal.

Laporan berkenaan dikatakan menyentuh sensitiviti keagamaan semasa kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, keterangan wartawan terbabit sudah diambil dan polis sedang menyiapkan kertas siasatan.

Tan Sri Khalid mengingatkan semua pihak termasuk pengamal media untuk tidak menyentuh sensitiviti agama, yang boleh menyebabkan ketegangan.

Sebelum ini wartawan portal itu dikatakan menulis artikel menyentuh sensitiviti agama semasa membuat liputan majlis seorang ADUN BN baru-baru ini di Sarawak.