#prnsarawak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengingatkan pengundi kerusi N18, Serembu, Bau supaya tidak terpedaya dengan muslihat calon bebas, Datuk Peter Nyomek yang mendakwa akan diterima masuk dalam Barisan Nasional.

Tegas Tan Sri Adenan, modal itu hanya taktik Datuk Peter untuk memancing undi.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Serembu.

Ujar Tan Sri Adenan, hanya seorang calon langsung BN yang bertanding di kawasan N18 iaitu Miro Simuh.