#prnsarawak Ketua Polis Negara mengingatkan parti politik supaya tidak memainkan kes penculikan di Sabah semata-mata untuk meraih undi.

Tegas Tan Sri Khalid Abu Bakar, tindakan itu bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah berbangkit, malah merumitkan usaha menyelamatkan mangsa culik.

Parti politik berkenaan tegas beliau sepatutnya memberi penjelasan kepada keluarga mangsa mengenai usaha pihak berkuasa mengambil semua langkah sewajarnya untuk membebaskan mangsa.