13078286_1268129116547886_1393189466_o (1) 13090698_1268129183214546_1150076759_o 13120693_1268129146547883_2023292534_o

#prnsarawak Inisiatif kerajaan negeri Sarawak yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu UEC baru-baru ini mampu menarik sokongan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional di negeri itu.

Calon BN N.6 DUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berkata perubahan dasar ini membolehkan pemegang UEC bekerja dengan kerajaan negeri, seperti mana kempennya yang menekankan kepentingan pendidikan untuk kehidupan masa hadapan.

Pengiktirafan ini akan terpakai kepada perkhidmatan awam negeri, universiti dan biasiswa Yayasan Sarawak.

Satu-satunya keperluan adalah pemohon UEC mesti mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat SPM.

UEC adalah kelayakan sekolah persendirian Cina, sama seperti STPM.

Beliau berkata demikian selepas diperkenalkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dalam Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun Tokong Tai Pak Kung, di Kampung Sungai Cina, Matang Kuching, Sarawak.

Dalam PRN ke-11 ini Fazzrudin akan dicabar Nurhanim Hanna Mokhsen dari PKR.

DUN Tupong sebelum ini disandang Datuk Daud Abdul Rahman dari BN selama lima penggal.