#prnsarawak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid HAmidi menyifatkan kemenangan luar jangka BN di Sarawak adalah satu iltizam rakyat Sarawak untuk melihat negeri Bumi Kenyalang sebagai negeri pesat membangun dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Dalam kenyataan medianya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kemenangan semalam adalah kemenangan 'Pasukan Adenan'.

Pengundi cina katanya juga dilihat bersikap begitu terbuka malah menyokong pelbagai inisiatif diperkenalkan oleh Tan Sri Adenan.

Ini juga bukti masyarakat cina mahukan suara mereka diwakili dalam DUN Sarawak.

Datuk Seri Ahmad Zahid mengakhiri kenyataannya dengan mengucapkan "terima kasih kerana memberi lima tahun lagi kepada Tok Nan".