sobri

#missingheli Polis mengesahkan mayat ketiga yang ditemui adalah pengawal peribadi Datuk Noriah Kasnon.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman memberitahu perkara itu disahkan oleh pakar forensik selain berdasarkan pengenalan polis yang ditemui pada mayat.

Ahmad Sobri Harun, 26, adalah seorang konstabel dari Terengganu yang kemudiannya ditugaskan di Kuala Lumpur sebagai pengawal peribadi.

Ujar Datuk Seri Muhammad Sabtu, pihaknya sedang menguruskan penghantaran pulang jenazah Allahyarham ke Terengganu menggunakan pesawat TUDM.