#prnsarawak Hari penamaan calon dan pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 akan ditentukan Khamis ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR memilih tarikh itu bagi mengadakan mesyuarat khas selepas Dewan Undangan Negeri Sarawak bubar secara rasmi hari ini.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat khas itu turut akan membincangkan tarikh pengundian awal serta daftar pemilih yang akan digunakan.

Mesyuarat khas itu dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Pilihan Raya Negeri harus diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN.