#prnsarawak Untuk rekod, kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sarawak siang tadi kali ke-50.

Dan disebalik berdepan tekanan sebagai Perdana Menteri, kebajikan dan keperluan penduduk di Sarawak tidak pernah dipandang sepi.

Untuk itu Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sekali lagi menzahirkan penghargaan.

Tambah beliau, pengakuan Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir bahawa sumbangan derma kepada Datuk Seri Najib memang dari negara Islam itu telah membersihkan nama Perdana Menteri.

Dalam pada itu Datuk Seri Najib ujar Tan Sri Adenan satu-satunya Perdana Menteri yang kerap ke Sarawak satu rekod yang tidak dapat ditandingi Perdana Menteri sebelum ini.