13036528_1264964020197729_483950263_o 13052718_1264963993531065_2060488950_o 13054778_1264963976864400_1149094504_o 13072994_1264964003531064_169697291_o 13090753_1264963970197734_899389875_o

#prnsarawak Golongan muda di Sarawak perlu menolak budaya politik samseng yang cuba dibawa pembangkang ke negeri itu.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, budaya menghasut serta memburukkan pihak lain jelas bukanlah pilihan rakyat Sarawak sejak dahulu lagi.

Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Pemuda Barisan Nasional di Kuching, Sarawak sebentar tadi.

Turut hadir, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.