13173241_1360372680644576_2263066909579782131_o

‪#‎prnsarawak‬ YBM KKLW, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk Projek Sistem Perparitan di Kampung Kakai, Serian, Sarawak.

Turut diluluskan ialah peruntukan sebanyak RM100,000 bagi pembinaan gelanggang futsal kampung berkenaan yang terletak di bawah Dewan Undangan Negeri Semuja.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, kelulusan untuk menaiktaraf sistem perparitan adalah bagi mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda kampung itu.

”Pembinaan gelanggang futsal boleh digunakan untuk pembangunan sukan di kalangan belia kampung ini,” katanya.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Kakai.

Turut hadir ialah calon DUN N.23 Bukit Semoja, John Ilus.