#prnsarawak Perkembangan dua parti pembangkang di bumi kenyalang itu, sedikit pun tidak menggoyah kedudukan DAP Sarawak.

Siang tadi, 29 calon parti berkenaan yang diumumkan sebelum ini menerima watikah pencalonan masing-masing.

Ia termasuk kerusi DUN Bukit Goram yang dikosongkan Larry Sng dan Tasik Biru yang menjadi rebutan dengan PKR.

Watikah diserahkan pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen yang turut bertanding di DUN Kota sentosa.

17 muka baharu dan enam calon wanita diketengahkan selain DAP banyak meletakkan calon daripada kaum Dayak berbanding Cina.