#prnsarawak Calon PKR tiada peluang menang di DUN Batu Kitang.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen merayu kepada rakan sekutunya PKR, tarik diri daripada bertanding di kerusi tersebut.

Tambah Chong, rayuan itu dibuat selepas menerima maklum balas di lapangan calon DAP lebih berpeluang memenangi kerusi itu.

DAP meletakkan Abdul Aziz Isa Marindo sebagai calon di DUN Batu Kitang manakala PKR mempertaruhkan Voon Shiak ni.

Turut bertanding, calon BN Lo Khere Chiang dan dua lagi calon Bebas.

Selain DUN Batu Kitang, DAP dan PKR juga gagal mencapai kata sepakat dalam agihan kerusi di lima lagi DUN iaitu Mambong, Ngemah, Simanggang, Murum dan Mulu.