#prnsarawak Mengulas mengenai 29 kerusi dun yang akan ditandingi DAP.

Timbalan Presiden PBB, Datuk Abang Johari Tun Openg mendedahkan, tiada persefahaman pembangkang di Sarawak dalam pembahagian kerusi.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen hari ini mengumumkan akan bertanding 29 kerusi pada Pilihan Raya Negeri 7 Mei ini.

PAS sebelum ini turut mengumumkan akan bertanding di 11 kerusi DUN.

PKR masih belum menetapkan jumlah kerusi yang akan ditandingi.

Beliau terdahulu menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Kelab Iron Tiger yang merupakan penggemar motosikal berkuasa besar di Santubong.