#prnsarawak Hilang lima kerusi.

Hilang wang deposit di 7 DUN.

Itu hakikat perit yang terpaksa ditelan DAP.

Pencapaian itu cukup berbeza dengan apa yang dikecapi DAP pada PRN Sarawak 2011.

Mengulas mengenainya, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata parti itu menerima kekalahan pada pilihan raya kali ini.

Bagi DAP, apa yang berlaku adalah kehendak rakyat.

Sehubungan itu, DAP akur dengan kehendak itu.

Chong juga akui terdapat perubahan sokongan pengundi Cina kepada BN kali ini.

DAP meletak calon di 31 DUN.

Kerusi DUN yang DAP hilang adalah Batu Kawah, Repok, Meradong, Dudong dan Piasau.