#prnsarawak DAP turut mengajak penyokong pembangkang untuk tidak membazir undi dengan mengundi PKR di 6 kerusi yang bertindih.

Pengerusi DAP Negeri, Chong Chieng Jen berkata, ia bagi mengelak undi berpecah.

Dalam kenyataannya siang tadi, Chong melahirkan keyakinan DAP akan menang di DUN Batu Kitang dan Simanggang, dua kerusi yang turut ditandingi PKR.

Empat lagi kerusi yang bertindih adalah Mambong, Ngemah, Murum dan Mulu.

Semalam, DAP tampil menamakan calon di 31 kerusi dan PKR, 40.