#prnsarawak Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya mengaminkan doa yang dibacakan oleh Menteri di JPM, Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom sebelum memasuki pusat penamaan calon N.44 Jemoreng di Dewan Suarah Matu.

Turut mengiringi beliau ialah Ahli Parlimen Igan, Datuk Wahab Dollah.

Dr Juanda, 44, calon muka baru BN menghadapi persaingan dua penjuru daripada calon Amanah dan Bebas.