#prnsarawak Walaupun antara muka baharu yang dipertaruhkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri kali ini, namun bagi calon di DUN Tasik Biru, ada visi tersendiri mahu dibawa untuk pengundi kawasan berkenaan.

Bagi Datuk Henry Harry Jenip, beliau merancang meningkatkan pembangunan sosio ekonomi penduduk serta memajukan infrastruktur khususnya jalan raya menerusi Lebuhraya Pan Borneo.