#prnsarawak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem siang tadi mengumumkan 10 calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang akan bertanding dalam Pilihanraya Negeri Ke 11.

Selain Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian yang bertanding di kerusi DUN Batu Kawa, turut diumumkan nama Milton Foo Tiang Wee, - Pending, Peter Pau - Padungan, Sih Hua Ting -- Batu Lintang dan Wilfred Yap Yau Shin - Kota Sentosa.

Turut diumumkan Datuk Francis Harden Hollis dan Datuk Lee Kim Shin, masing-masing dikekalkan bertanding di kerusi Simanggang dan Senadin.

Setiausaha Agung SUPP, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew pula dipilih sebagai calon bagi DUN Pissau dan Chieng Buong Toon - Bukit Assek, Lo Khere Chiang calon SUPP bagi kerusi baru - Batu Kitang.

Bagi kerusi DUN Repok, calonnya hanya akan diumumkan Tan Sri Adenan esok pada majlis rasmi yang bakal dihadirinya.