#prnsarawak Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg daripada Barisan Nasional (BN) tiba di Dewan Datuk Merpati Jepang jam 8.45 pagi untuk menghantar borang pencalonan N.8 Satok

Bertanding buat kali ke-9, Datuk Amar Johari yang memegang kerusi ini sebanyak 8 penggal diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berserta perarakan oleh kira-kira 500 penyokong BN.