#prnsarawak 80 calon BN dalam pada itu terus mendekati pengundi ketika kempen masuk hari ketiga.

Di DUN Layar, Gerald Rentap Jabu yang mahu memastikan semua pembangunan yang telah dirancang oleh bapanya diteruskan demi kepentingan pengundi.

Jelas Gerald Rentap, sumber ekonomi utama di kawasan itu adalah berasaskan hasil pertanian terutamanya produk berasaskan lada hitam.

Sehubungan dengan itu, kemudahan infrastruktur yang baik amat diperlukan agar produk terbabit dapat di pasarkan sekaligus meningkatkan sosioekonomi di kawasan itu.

Gerald Rentap yang bertemu dengan pengundi di Pengalih Kanan, Ulu Layar, berharap dapat menangani segala permasalahan yang wujud.

Visi beliau, DUN Layar maju seiring dengan kawasan DUN lain di Sarawak.