#prnsarawak Timbalan Perdana Menteri pula ada mesej kepada calon BN ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama RELA dan perasmian Dewan Kampung Batu di Kuala Baram, Miri.

Turut hadir calon BN Senadin, Datuk Lee Kim Shin.

Pada majlis ini, Datuk Seri Ahmad Zahid meluluskan pembinaan surau Kampung Batu, pembinaan pemecah ombak dengan kos RM1 juta dan kerja menaik taraf Masjid Al-Naim dengan jumlah RM300,000.

Ia bagi memenuhi permintaan Datuk Lee dalam membantu kaum Melayu di kampung berkenaan.