Barisan Nasional, bukan sebuah parti yang gila kuasa kerana rakyat diberikan peluang setiap lima tahun sekali untuk memilih kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata cubaan untuk menggulingkan kerajaan yang sah, tanpa mengikut perlembagaan hanya membawa implikasi negatif ke atas rakyat dan negara sepertimana berlaku di negara tertentu.