#prnsarawak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional tidak akan menerima calon bebas sebagai anggotanya walaupun mereka menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Beliau yang juga Pengerusi BN Kebangsaan berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan penduduk Sibuti, Bekenu.

Hadir sama, calon BN DUN Bekenu, Rosey Yunus dan calon BN DUN Lambir, Ripin Lamat.