image image image

#prnsarawak Secara rasminya BN menang 72 kerusi PRN ke-11 Sarawak, diikuti DAP 7 kerusi dan PKR 3 kerusi. Manakala PAS, PAN, STAR, PBDSB dan BEBAS masing-masing tidak memenangi sebarang kerusi.

Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam satu sidang media di pejabat SPR Sarawak selepas jumlah undi semua DUN rasmi dipaparkan kira-kira jam 11 malam tadi.

Sejumlah 1,109,795 pengundi bagi 80 kerusi DUN Sarawak seramai 777,018 orang atau 70.01% keluar mengundi. Ia turut membabitkan pengundi pos dan pengundi awal.

Tambahnya secara keseluruhan SPR berpuas hati dengan proses pengundian pada 7 Mei yang telah berjalan lancar dan ia telah dijalankan dengan bebas, adil dan telus.