#prnsarawak Kemenangan dua kerusi tanpa bertanding oleh Barisan Nasional itu mengulangi pencapaian BN pada Pilihan Raya Negeri 2006, juga dengan dua kerusi menang tanpa bertanding.

Kali ini menerusi Datuk Awang Tengah Ali Hasan bagi kerusi DUN Bukit Sari.

Dan Dr Abdul Rahman Ismail bagi kerusi Bukit Kota.

Kedua-duanya mengekalkan kerusi masing-masing untuk penggal ketiga.

Datuk Awang Tengah sepatutnya ditentang oleh calon PKR, Jamal Brahim.

Namun calon PKR itu tidak muncul sehinggalah proses penamaan calon ditutup pada jam 10.00 pagi.

Kemenangan tanpa bertanding Datuk Awang Tengah diumumkan oleh Pegawai Pilihan Raya, Hussaini Hakim.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-10, Datuk Awang Tengah menewaskan calon PKR dengan majoriti 5,275 undi.