#prnsarawak DUN N.44 Jemoreng menyaksikan pertandingan tiga penjuru, Barisan Nasional (BN) ditentang calon Parti Amanah Negara (PAN) dan calon Bebas.

BN meletakkan tokoh ulama muda Dr Juanda Jaya, 44.

Pusat penamaan calon N.44 di Dewan Majlis Daerah Matu pagi tadi menyaksikan kehadiran kira-kira 500 penyokong parti yang bertanding.

Dr Juanda yang juga bekas Mufti Perlis tiba kira-kira jam 9.00 pagi diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom.

Beliau menyerahkan kertas pencalonan pada jam 9.30 pagi.

Calon PAN, Kiprawi Suhaili menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.45 pagi.

Calon Bebas, Abdullah Haji Saminan yang tiba lebih awal menyerahkan kertas pencalonannya pada jam 9.15 pagi.

Seramai 9,699 pengundi berdaftar layak membuang undi bagi Jemoreng pada 7 Mei ini.

Menurut Dr Juanda, ini akan menjadi pilihan raya yang harmoni dan bersih.

Sebagai anak tempatan, Dr Juanda berharap akan dapat membawa pembangunan kepada masyarakat setempat.