#prnsarawak Isu Tanah Hak Adat Bumiputera, NCR antara yang menjadi modal kempen parti bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Seringkali dijadikan senjata oleh pembangkang untuk menyerang kerajaan negeri.

Namun hakikatnya bagi Perdana Menteri, Barisan Nasional Sarawak pimpinan Tan Sri Adenan Satemlah sebenarnya menjuarai isu berkenaan dan bukannya pembangkang.

Beliau berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Awam Lawas.

Menurutnya, kerajaan pusat telah meluluskan RM100 juta untuk Program Pengukuran Perimeter NCR di Sarawak bagi memberi surat hak milik kekal kepada rakyat negeri ini.

Ujarnya, tindakan konkrit telah diambil Ketua Menteri Sarawak itu untuk menyelesaikannya demi faedah rakyat negeri ini.

Ujarnya, selain memperjuangkan NCR, ia juga menyediakan kemudahan jalan raya yang lebih baik kepada penduduk termasuk di Ba'kelalan.

Hadir sama, pada majlis ini, calon BN di DUN Ba'kelalan, Willie Liau.