#prnsarawak Dua 'billboard' calon BN dibakar dan disimbah cat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kedua-dua 'billboard' berkenaan dipasang di Jalan Stephen Yong dan Jalan Batu Kawa membabitkan calon BN bagi DUN Batu Kawah, Datuk Doktor Sim Kui Hian.

Datuk Doktor Sim menyifatkan perbuatan itu sebagai perbuatan vandalisme yang mencemarkan proses Pilihan Raya Negeri kali ini.

Laporan polis kemudian dibuat di Balai Polis Padawan.