#prnsarawak Pelaksanaan 53 inisiatif dan transformasi oleh Tan Sri Adenan Satem berjaya mengikis budaya kebencian segelintir pengundi terhadap Barisan Nasional.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, budaya berkenaan yang disemai pembangkang pada pilihan raya lalu banyak tertumpu di kawasan bandar.

Selain itu, kesungguhan Tan Sri Adenan berjaya mengubah minda dan persepsi pengundi.

Terdahulu Datuk Seri Zahid mengadakan pertemuan dengan 800 pegawai dan anggota pasukan gerakan am di Batu Kawah.