#prnsarawak Ketika pembangkang masih bercakaran mengenai kerusi, Barisan Nasional Sarawak yang menang dua kerusi tanpa bertanding semalam, terus meyakinkan rakyat Bumi Kenyalang akan kesungguhan parti itu untuk berbakti.

Dengan tema 'Beri Peluang Kepada Team Adenan', manifesto BN 2016 dilancarkan siang tadi.

Melalui 15 teras, manifesto ini merangkumi janji dan ikrar kepada rakyat dalam mencapai aspirasi bersama, agar Sarawak mengecapi lebih keamanan, kemajuan dan juga kemakmuran.

Pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi BN Negeri, Tan Sri Adenan Satem.

Manifesto ini juga menggariskan pencapaian kerajaan negeri Sarawak di bawah kepimpinan Tan Sri Adenan yang dilantik sebagai Ketua Menteri pada 2014, yang telah memperkenalkan 53 prinsip untuk memanfaat rakyat dan negeri Sarawak.

Manifesto BN diterbitkan dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Iban dan Cina.