#missingheli Usaha mencari dan menyelamat mangsa nahas helikopter di Batang Lupar turut disertai tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia - udara, darat dan laut.

Aset dikerahkan termasuk pesawat udara 'Beechcraft' bagi tujuan tinjauan, juruselam serta komando dalam operasi itu.

Beliau memberitahu pemberita di Majlis Ramah Mesra Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama warga tentera di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan.

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada jam 4.12 petang semalam, dalam penerbangan ke Kuching, sebelum terputus hubungan.