Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Watson Bangau, dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Bawang Assan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Stephen Rundi Utom berkata pemecatan daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Kerusi Bawang Assan akan menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon langsung BN, Datuk Seri Wong Soon Koh, Wong Sing Wei (STAR), Chiew Sung Ngie (DAP) serta dua calon Bebas iaitu Watson dan Yeu Bang Keng.