#prnsarawak Barisan Nasional Sarawak akan memuktamadkan sepenuhnya senarai calon bagi mewakili parti itu menjelang hari penamaan calon.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Negeri, Tan Sri Adenan Satem berkata, beliau berpuas hati dengan calon yang dipilih setakat ini.

Namun mahu sebarang perselisihan faham dan rasa tidak puas hati di kalangan parti komponen dan parti mesra BN yang timbul sebelum ini diketepikan.