#prnsarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini mahu lebih sejuta pengundi, memberikannya mandat yang lebih besar dan kuat pada 7 Mei nanti

Rasional mandat besar dan kuat, kata Ketua Menteri Sarawak itu untuk membolehkan beliau merealisasi dan menterjemahkan apa sahaja inisiatif yang ingin dilakukan untuk rakyat dan negeri Sarawak.

Tan Sri Adenan berkata demikian dalam wawancara khas bersama Bernama TV.

Mandat yang besar dan lebih kuat juga perlu bagi beliau berurusan dengan kerajaan persekutuan dalam soal penurunan kuasa kepada kerajaan Sarawak.

Sehingga kini 13 perkara berkaitan penurunan kuasa dari kerajaan persekutuan kepada kerajaan Sarawak, dipersetujui walapun pentadbiran Tan Sri Adenan baharu berusia 2 tahun.