#prnsarawak Meskipun dirinya berdepan calon PKR untuk DUN Tanjung Datu, namun Tan Sri Adenan Satem tidak lupa untuk membantu kempen calon BN lain di seluruh Sarawak.

Ini bersesuaian dengan kedudukannya sebagai Pengerusi BN Negeri yang mahu melihat kerajaan negeri pimpinannya dapat terus berkhidmat untuk tempoh lima tahun lagi.

Antaranya kempen beliau di Miri, bagi membantu calon BN di DUN Senadin, Datuk Lee Kim Shin dan calon BN di DUN Piasau, Datuk Sebastian Ting.

Ia sempena satu majlis anjuran Sekolah Menengah Jalan Riam.

Dalam ucapannya, Tan Sri Adenan mengumumkan pemberian geran pembangunan bernilai RM2 juta kepada sekolah berkenaan.

Ia sebahagian daripada bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada sekolah persendirian Cina tahun ini.

Tahun depan bantuan yang sama akan dinaikkan kepada RM6 juta, berbanding RM5 juta, tahun ini.