#prnsarawak Tan Sri Adenan Satem dalam pada itu akan ditentang calon PKR, pada pertembungan satu lawan satu.

Tan Sri Adenan tiba di Dewan Masyarakat Lundu pagi tadi bagi menyerahkan borang pencalonan mempertahankan kerusi Tanjung Datu.

Beliau diiringi pencadang, Abdul Razak Abdul Wahad dan penyokong Abu Seman Karim menyerahkan borang jam 9.25 pagi kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN berkenaan, Hamsien Atar.

Sebelum itu, calon PKR Jazolkipli Numan turut menyerahkan borang sama.

Sebaik tempoh penamaan tamat jam 10.00 pagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Hamsien Atar mengumumkan hanya BN dan PKR akan bertanding di DUN Tanjung Datu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut hadir di perkarangan dewan berkenaan bagi memberi sokongan kepada Tan Sri Adenan.