#prnsarawak DAP dan PKR hari ini dicabar untuk mansuhkan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) di Selangor dan Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum cuba usul idea itu di Sarawak.

Cabaran itu dilontarkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem selepas pemimpin parti berkenaan mendakwa akan memansuhkan GST jika mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri ini.