#prnsarawak Menjadi wakil rakyat untuk penggal keempat, ADUN Pantai Damai, Dr. Abdul Rahman Junaidi nekad untuk terus membawa perubahan di kawasan itu.

Dr. Abdul Rahman menewaskan calon PAS, Zainal Abidin Yet dengan majoriti 9,260 undi.

Ia adalah satu peningkatan bagi beliau berbanding majoriti 5,071 undi pada PRN ke-10.